Assalamualaikum dan selamat sejahtera YBhg. Prof/Dr,

Merujuk kepada perkara diatas, Sukacita dimaklumkan bahawa Jaringan Universiti Penyelidikan Malaysia (MRUN) telah menyalurkan sejumlah dana kepada setiap Universiti Penyelidikan sebagai inisiatif galakkan ke arah meningkatkan aktiviti jaringan kerjasama dengan negara-negara Asia Timur.

Oleh itu, Jawatankuasa UTM-MRUN akan mengadakan satu sesi Roadshow bersama semua penyelidik UTM berkenaan dengan dana kolaborasi antarabangsa MRUN ini. Sesi tersebut akan diadakan seperti berikut:
 
UTM Johor
Tarikh:  14 Januari 2019 (Isnin)
Waktu:   9.00 pagi – 11.00 pagi 
Tempat: Dewan CTL, Blok F54, UTM JB 
 
UTM Kuala Lumpur
Tarikh: 29 Januari 2019 (Selasa)
Waktu: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Dewan Seminar, Menara Razak, UTM KL
 
Agenda perbincangan:
1. Pembentangan Dana Kolaborasi Antarabangsa MRUN
2. Sesi soal jawab bersama Pengerusi jawatankuasa MRUN UTM.
Kehadiran YBhg Prof./Prof. Madya/Dr. bersama staf yang terlibat dalam pengurusan penyelidikan fakulti masing-masing amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.