Select Page

PROGRAM: UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY ‘HUMANITY SERVICE @ CAMBODIA’

Untitled - 18

24 Oktober 2012 telah melakarkan sejarah baru dalam diari hidup 6 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terlibat dalam program Global Outreach Program (GOP). GOP merupakan suatu program yang telah diwajibkan buat setiap mahasiswa di UTM bersandarkan objektif supaya mahasiswa dapat membina jati diri yang kukuh, meningkatkan keyakinan diri, lebih berdikari dan mempertajamkan kemahiran sosial.

Program yang bertemakan ‘Humanity Service @ Cambodia’ telah menjadikan Kemboja sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan program belajar sambil beramal ini. Melihat pada peratusan umat islam di Kemboja sebanyak 4% itu menyentuh naluri kami untuk berkongsi keberkatan Aidil Adha yang bakal menjelma. Program yang telah mendapat kerjasama daripada Pihak NGO iaitu Amal Ansar Malaysia (AMAN) berjaya mengumpulkan 15 ekor lembu untuk ditumbangkan dan diagihkan kepada masyarakat Islam di sekitar Kemboja.

Program qurban di Kemboja ini telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan masyarakat Malaysia khususnya warga UTM. Mereka turut sama melaksanakan qurban bersempena Aidil Adha disamping beramal dan berkongsi kegembiraan bersama rakyat Kampong Cham, Kemboja. Mahasiswa UTM telah berkampung di bumi Kemboja selama 5 hari, iaitu dari 24 hingga 28 Oktober 2012 yang lalu. Destinasi pertama mahasiswa ini adalah di bandar Phnom Penh. Bandar yang tidak pernah tidur ini sentiasa dibanjiri manusia, seolah-olah menyambut kedatangan mahasiswa UTM.

Disamping agenda utama, mahasiswa tidak ketinggalan menjalankan agenda sisipan, dimana mahasiswa telah dibawa melawat ke Pannasastra University of Cambodia, (PUC). Dua buah universiti ini saling bertukar buah fikiran dan berkongsi pandangan mengenai sistem pembelajaran masing-masing. Keserasian antara dua universiti ini bakal menghasilkan satu kolaborasi antara dua buah universiti terulung di negara masing-masing dan mungkin akan mencorak sa

tu perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Kampong Cham menanti kehadiran mahasiswa untuk bersama-sama meraikan kegembiraan di Aidil Adha. Perjalanan

yang memakan masa selama 4 jam seolah-olah tidak terasa dek kerana keterujaan mahasiswa untuk memeriahkan Aidil Adha bersama muslim di Kampong Thel Moy di daerah Kampong Cham. Sinonim dengan Aidil Adha, aktiviti qurban lembu dijalankan seusai solat sunat Aidil Adha bersama-sama penduduk kampung. Keriuhan dan keceriaan kanak-kanak di kampung memeriahkan lagi suasana disegenap kampung. Mahasiswa tidak ketinggalan mengambil peluang melapah lembu dan menghulurkan tangan merewang bersama penduduk kampung. Dalam pada itu, mahasiswa dapat melihat sendiri cara hidup masyarakat Islam di Kemboja serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban penduduk kampung Thel Moy. Memori bersama penduduk kampung dan kanak-kanak disana kekal tersemat dihati mahasiswa. Kegembiraan Aidul Adha turut disebarkan kepada anak-anak yatim di Sekolah Nurul Iman di Kampong Jiah, Kampong Cham. Selain mengagihkan daging korban kepada mereka kami turut menceriakan pagi Aidul Adha mereka dengan

merencanakan beberapa aktiviti yang menguji minda. Semangat adik-adik ini membuatkan kami semakin gembira di bumi Kemboja ini. Walaupun terdapat kesulitan dalam berkomunikasi namun tidak menjadi kudis penghalang bagi kami untuk terus menjalinkan ukhwah persaudaraan bersama adik-adik ini.

Di bumi asing ini telah mencipta sejarah dalam hidup mahasiswa dimana kami belajar apa itu erti ketidaksempurnaan, erti kesabaran dan erti ketabahan. Walaupun muslim di Kemboja kurang serba serbi namun mereka tidak pernah menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak meraikan Aidil Adha dengan penuh kemeriahan. Kenangan pahit manis yang kami lakarkan bersama muslim di Kemboja takkan kami lupakan sehingga akhir nafas.

Untitled - 14 Untitled - 13 Untitled - 12
Untitled - 11 Untitled - 10 Untitled - 9
Untitled - 8 Untitled - 7 Untitled - 6
Untitled - 15 Untitled - 16 Untitled - 5
UTM Open Day