Sebagai pensyarah pelawat, saya telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Rektor, Timbalan Rektor, Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan dari Istanbul Commerze University dan Yalova University. Antara topik yang dibincangkan ialah pertukaran pensyarah, pertukaran pelajar, menjalankan program double degree untuk program Sarjana Kejuruteraan Sistem. Mereka berminat untuk memanjangkan jalinan tersebut untuk pelajar pasca-siswazah.
Timbalan Rektor Istanbul Commerze University juga amat berminat untuk mengadakan MoU dengan UTM Razak School dan UTM secara keseluruhan. Timbalan Rektor Istanbul Commerze University mengalu-alukan kedatangan pelajar UTM dibawah global outreach program. Pendedahan mengenai program-program pasca-siswazah kepada pelajar mereka telah memarik minat mereka mengenai peluang menyambung belajar di Malaysia. Pelajar mereka berminta untuk menyabung belajar di UTM, berminat untuk mengikuti pertukaran pelajar. Begitu juga pensyarah mereka terutamanya penolong penyelidikan amat berminat untuk mengikuti pertukaran tenaga pensyarah.
Saya juga telah mengajar selama 3 jam di Yalova University untuk topic Bioinformatic iaitu Medical Image Analysis. Cabaran utama semasa mengajar ialah pelajar mereka belajar dalam ibunda mereka iaitu Bahasa Turkey dan kurang fasih berbahasa Inggeris. Dalam menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan tidak mempunyai masalah kerana kesemua pensyarah mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan baik sekali
