Satu delegasi seramai 8 orang pensyarah dari Sekolah Razak UTM yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dekan, Prof. Ir. Dr. Sha’ri Mohd Yusof, telah mengadakan kunjungan balas dan juga siri lawatan kolaborasi ke Fakultas Teknik (FT), Universitas Diponegoro (UNDIP) di Semarang, Jawa Tengah pada 05 hingga 08 Feb 2018. Sesi perjumpaan dan perbincangan bersama Dekan fakulti serta wakil-wakil jabatan di FT-UNDIP telah berlangsung pada hari Selasa (6/2/18) di Gedung Kuliah Umum (Dekanat Baru). Majlis telah dimulai dengan acara pembukaan oleh Dekan Fakultas Teknik dan kemudiannya diteruskan oleh sesi bengkel dan perbincangan bagi menentukan aktiviti dan program kerjasama FT-UNDIP dan Sekolah Razak UTM bagi tempoh 2018 sehingga 2020.
Kerjasama FT UNDIP dengan Razak School UTM telah berlangsung semenjak di tanda tangani Suratcara (Letter of Cooperation, LoC) pada tanggal 24 Oktober 2017 di UTM Kuala Lumpur. Begitupun, beberapa kerjasama awal dan secara tidak formal telahpun terjalin lebih awal menerusi penerimaan kumpulan mahasiswa UNDIP ke studio MSc in Sustainable Urban Design di UTM Kuala Lumpur dan sesi kuliah umum yang disampaikan oleh tenaga pengajar di bidang Rekabentuk Bandar (Urban Design) daripada Sekolah Razak UTM. Dengan termeterainya Suratcara, kerjasama yang formal antara kedua-dua buah fakulti dapat dirangka dan dilaksanakan secara lebih berkesan demi manfaat bersama. Kerjasama yang dirancangkan untuk tempoh tahun 2018 sehingga 2020 antaranya melibatkan program pertukaran mahasiswa dan staf akademik dan bukan akademik, penganjuran bersama persidangan antarabangsa, kolaborasi penyelidikan dengan kajian kes Malaysia-Indonesia serta penerbitan hasil penyelidikan dan persidangan di jurnal terindeks Scopus. Mesyuarat kolaborasi ini turut melibatkan beberapa jabatan dalam Fakultas Teknik di antaranya Teknik Industri, Teknik Perencanaan Wilayah dan Kota, Teknik Arsitektur dan Teknik Sipil.
Serentak dengan kunjungan delegasi Sekolah Razak UTM ke FT-UNDIP juga, tiga orang ahli delegasi UTM telah menyampaikan kuliah umum mereka. Prof. Ir. Dr. Sha’ri Mohd Yusof yang merupakan Dekan Sekolah Razak UTM telah diundang bagi menyampaikan kuliah bertajuk “The Impact of Quality Management on Green Innovation to Increase the Performance of SMEs” di Jabatan Teknik Industri. Manakala, Arkitek Landskap, LAr. Dr. Rohayah Che Amat dari program MSc in Sustainable Urban Design, UTM, telah menyampaikan kuliah umum bertajuk “Lesson Learned from Urban Heritage Development in Malaysia” di Jabatan Teknik Perencanaan Wilayah dan Kota, dan Dr. Samira Albati Kamaruddin daripada Panel Kejuruteraan Awam pula telah diundang menyampaikan kuliah umum bertajuk “Water Resources Management in Malaysia” di Jabatan Teknik Sipil.
Sharing session
bersama Timbalan Pengarah OSHE UTMKL "Persiapan Pejabat Pasca PKPB, Bersediakah Kita" Anjuran OSHE FTIR
CEO@FACULTY TALK SERIES : GO! DIGITAL
Tuesday, May 19, 2020 11:30 am - 1.30 pm | 2 hours
Tahniah
atas pelantikan sebagai PENGARAH JABATAN INFORMATIK TERMAJU
Tahniah
atas pelantikan sebagai TIMBALAN PENGARAH, PUSAT INOVASI & PENGKOMERSIALAN