Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan wawasan universiti sebagai UniversitI Penyelidikan bertaraf antarabangsa. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan berikut:-
Jawatan : | Penyelia Asrama |
Gred : | N17 |
Taraf Jawatan: | Kontrak (Lantikan Tabung UTM Razak School of Engineering And Advanced Technology) |
Lokasi : | Kuala Lumpur |
Jadual Gaji: | Gaji Minimum : RM 928.00 – Gaji Maksimum : RM 3,375 |
Elaun : | Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00 Bantuan Sara Hidup : RM300.00 |
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
RINGKASAN DESKRIPSI TUGAS :
- Menerima tempahan sewaan ruang dan bilik penginapan Business Centre
- Menguruskan proses kemasukan tetamu Business Centre
- Memastikan keselesaan tetamu
- Bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang aduan, kerosakan atau kecemasan daripada tetamu termasuk diluar waktu pejabat.
- Bertanggungjawab melaporkan kepada bahagian keselamatan sekiranya berlaku kemalangan, atau insiden yang melibatkan keselamatan Business Centre
CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:
- Pemohon hendaklah menghantar Resume lengkap berserta Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan yang telah
- Sila pastikan maklumat adalah benar, lengkap, tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
- Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan yang ASAL hendaklah dibawa semasa menghadiri temuduga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Pemohon perlu mengemukakan dokumen :
- Surat permohonan
- Resume
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil akademik
- Salinan sijil-sijil lain yang berkaitan
- Permohonan boleh dihantar melalui email ke razakschool@utm.my atau pos/hantar ke alamat :
Penolong Pendaftar
UTM Razak School of Engineering and Advanced Technology
Aras 7, Menara Razak
UTM Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
TARIKH TUTUP : 1 JULAI 2016