Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT PERMOHONAN HARTA INTELEK (COPYRIGHT) ANJURAN PROFESSIONAL QUALIFICATION (ProQ) UNIT UTM RAZAK SCHOOL OF ENGINEERING & ADVANCED TECHNOLOGY
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof/Prof Madya/Doktor adalah dijemput menghadiri taklimat panduan pengurusan dan pengisian Harta Intelek (Intelectual Property-Copyright) yang lebih menjurus kepada proses pemfailan menggunakan sistem pemfailan harta intelek – INNOCOMMS. Taklimat yang dianjurkan oleh unit ProQ UTM Razak School ini akan disampaikan oleh Pengarah IP ICC UTM dan diadakan seperti butiran berikut :
Tajuk : Taklimat Permohonan Harta Intelek (Copyright)
Penceramah : Encik Mohd Herme Yusman bin Mohd Tahir (IP Manager ICC UTM)
Tarikh : 20 April 2016 (Rabu)
Masa : 9 am – 1.00 pm.
Tempat : Bilik Komputer, BATC, UTM Kuala Lumpur.
Agenda :
8.30-9.00 am –> Pendaftaran dan minum pagi
9.00-1.00pm –> Proses pemfailan menggunakan sistem pemfailan harta intelek – INNOCOMMS.
Peserta digalakkanmembawa dokumen yang ingin di-copyright-kan sebagai lampiran ke dalam sistem.
Diharap dengan kehadiran semua dapat meningkatkan bilangan pendaftaran harta intelek masing-masing dan melindungi bahan penyelidikan/pengajaran staf UTM.
Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
*Sila sahkan kehadiran Prof/Prof Madya/Doktor dengan email kepada fazilah.kl@utm.my kerana bengkel ini hanya terhad kepada 30 orang sahaja.
Harap maklum