KURSUS YANG LAYAK

Master of Science (Business Intelligence and Analytics)

 

MAKLUMAT PEMINDAHAN KREDIT MOOC

Pindah kredit Massive Open Learning Course (MOOC) membolehkan jumlah kredit bagi kursus yang diikuti diambilkira dalam sebagai sebahagian daripada jumlah kredit untuk bergraduan tetapi tidak digunakan bagi pengiraan Grade Point Average (GPA)/Cumulative Grade Point Average (CGPA) bagi program yang diikuti.

 

Pelajar aktif UTM boleh memohon untuk pindah kredit MOOC sekiranya mereka telah melengkapkan MOOC samada yang ditawarkan oleh UTM atau institusi lain.  Penganugerahan pemindahan kredit MOOC diproses di peringkat Fakulti.

 

SYARAT-SYARAT PEMINDAHAN KREDIT

  • Pemohon mempunyai status ‘Pelajar Aktif’ di UTM
  • Pemohon boleh memilih pembelajaran dari mana-mana pelantar MOOC yang diiktiraf oleh UTM bagi tujuan pemindahan kredit MOOC iaitu Edx, Coursera dan FutureLearn. UTM juga berhak menentukan pelantar MOOC yang layak untuk pindah kredit MOOC dari semasa ke semasa
  • Sijil MOOC yang digunakan untuk permohonan pindah kredit masih dalam tempoh sah laku lima (5) tahun dari tarikh permohonan. . Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada budi bicara pihak fakulti.Pelajar yang telah memperoleh Certificate of Completion dari mana-mana MOOC dan ingin melakukan Pindah Kredit MOOC perlu mengisi borang permohonan ujian pentaksiran secara (on-site verification) bersemuka di Fakulti masing-masing.
  • Pelajar dikehendaki membayar yuran pemprosesan permohonan Pindah Kredit MOOC di UTM bagi permohonan Pindah Kredit MOOC (rujuk Jadual 1)
  • Kursus MOOC yang diambil hanya dibenarkan dipindah kredit secara Pindah Kredit MOOC iaitu pemindahan Kredit Tanpa Gred (sama seperti pengecualian kredit) sekali sahaja untuk satu kursus bagi sesuatu program. Pemohon perlu membuat pengesahan yang menyatakan bahawa dirinya tidak pernah memohon pindah kredit bagi sijil tamat MOOC (certificate of completion) yang telah diperolehinya.
  • Jumlah maksimum bagi pindah kredit bagi pelajar pasca siswazah UTM adalah 50% daripada komponen kerja kursus program berkenaan. Sila rujuk Peraturan Akademik Pengajian Siswazah UTM
  • Permohonan pindah kredit MOOC bagi pelajar UTM perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum/pada minggu ke-8 semester akademik
  • Pemohon boleh menggunakan bukti pembelajaran MOOC bagi MOOC tunggal atau gabungan beberapa MOOC.
  • Jika sijil MOOC pemohon tidak ada penilaian, pemohon perlu mengambil penilaian yang di adakan oleh pihak fakulti dan pelajar perlu lulus penilaian tersebut.
  • Pemohon diberi status lulus onsite proctoring (pentaksiran secara bersemuka) sekiranya memperoleh pencapaian minimum gred B.
  • Onsite proctoring (pentaksiran secara bersemuka) boleh dijalankan oleh Fakulti menggunakan jenis-jenis pentaksiran yang berikut:
    1. Pentaksiran berbentuk Lisan.
    2. Pentaksiran Bertulis.
    3. Pentaksiran Produk.
    4. Pentaksiran Prestasi.
  • Pemohon boleh mengemukakan bukti pembelajaran seperti berikut:
    1. Portfolio,
    2. Rakaman Video,
    3. Dokumen,
    4. Model,
    5. Prototaip
    6. Lain-lain bukti sekiranya diminta oleh Fakulti bagi menepati keperluan kursus.

 

YURAN PEMPROSESAN PEMINDAHAN KREDIT MOOC

Kadar Yuran Pindah Kredit MOOC Kursus Per Jam Kredit (Pasca siswazah) dalah berdasarkan kadar yang ditetapkan sebagaimana dinyatakan dalam  Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Yuran Pemprosesan Pemindahan Kredit MOOC
Jenis MOOCS Kadar Bayaran per Kredit Kadar Bayaran per Kursus (3 Kredit)
Malaysia MOOC, MyMOOC RM 80 RM 240
Lain-lain MOOC RM 100 RM 300

LAMPIRAN

Senarai semak pemohon bagi pemindahan kredit daripada sijil MOOC