Assalamualaikum w.r.t. w.b.t. dan Salam Ukhuwah

YBhg. Datuk /Dato’ /Prof. /Dr. /Saudara,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-Royong Lestari Fakulti Razak Siri 1/2019 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Disember 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Aras 3,4,5,6,7,14 & 15 Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

3. Semua staf yang terlibat hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan staf yang ingin membawa peralatan sendiri amat dialu-alukan. Pembahagian kumpulan dan tempat adalah seperti berikut: 

Staf PPP Aras 4,5 & BATC –  Gotong-Royong aras 3, 4, 5 dan 6
Staf PPP Aras 7 – Gotong-Royong aras 7, 14 dan 15.

Perhatian dan kerjasama semua amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

*Penyertaan staf akademik dialu-alukan serta amat dihargai.  

Sekian, Terima kasih.