Assalammualaikum.wrt.wbt & Salam Sejahtera,
YBrs. Prof/ Prof.Madya/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari,
Selaras dengan norma baharu Pasca PKP, semua PTJ perlu mempamerkan SOP Panduan Bekerja yang telah dibangunkan oleh pihak Universiti di PTJ masing – masing sebagai langkah kawalan pencegahan COVID – 19.
Info berkenaan SOP Panduan Bekerja Pasca PKP boleh diperolehi di laman rasmi UTM COVID-19 di https://www.utm.my/covid19/ dan laman OSHE@UTMKL di https://kl.utm.my/oshe/covid-19/
Semoga dengan langkah-langkah keselamatan yang diambil, budaya kerja selamat dapat diamalkan secara berterusan di semua fakulti dan PTJ di UTM Kuala Lumpur.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
Saya yang menjalankan amanah,
UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2615 4927/4667
Emel: oshe.kl@utm.my
Laman Web: http://kl.utm.my/oshe