2018

Bengkel Penulisan Community Engagement Programme

Satu bengkel penulisan laporan Community Engagement Programme telah diadakan pada 25 Januari 2018 di BATC, UTM Kuala Lumpur. Matlamat bengkel ini adalah untuk membantu panel penyelidik HuCKM UTM Razak School dalam menyediakan laporan Community Engagement bagi projek Borderless Thinking yang telah dijalankan bersama pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Gombak, Selangor. Laporan lengkap akan dihasilkan mengikut kriteria penarafan bintang yang ditetapkan oleh pihak Centre for Community and Industry Network (CCIN) dan akan dihantar untuk penilaian pihak CCIN. Fasilitator bengkel ialah Pn Ramona Abdul Rahman dari CCIN.

Taklimat Request For Proposal (RFP) Insken

Ahli HuCKM telah menghadiri taklimat Request for Proposal yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) di Auditorium,Malaysian Global Innovation & Creativity Centre: MaGIC, Cyberjaya pada 2 Mac 2018.

Bengkel Perancagan Strategik

Bengkel telah diadakan pada 21 Februari 2018 di Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

Program STEM – SK Batu Muda pada 1 Ogos, 2018 @ 2pm – 5pm

RG HuCKM telah dijemput untuk mengendalikan satu slot Program STEM di Sekolah Kebangsaan Batu Muda pada 1 Ogos 2018. Peserta yang terlibat ialah pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 seramai 300 orang.

 Program dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Maslin Masrom yang bertajuk ‘Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Gunakan secara sihat dan selamat’ dan disusuli dengan aktiviti bersama pelajar.

Objektif program ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan alatan teknologi dan juga teknologi maklumat dengan cara sihat dan selamat.

Bengkel Penyediaan Proposal Geran Transdisiplinari (TDR)

Satu Bengkel Penyediaan Proposal Geran Transdisiplinari (TDR) 1/2018 telah diadakan seperti berikut:

 Tarikh   : 16/8/18 (Khamis)

Masa    : 9.00 pg – 3.30 ptg

Tempat Aras 12, AHIBS, Menara Razak

RG HuCKM diwakili oleh PM Dr Nik Hasnaa, Dr Wan Normeza dan Dr Nor Raihana.

Pembentangan Cadangan Penyelidikan di Malaysia Productivity Center (MPC)

Satu Cadangan Penyelidikan dari RG HuCKM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Maslin yang bertajuk ‘An Identity Theft Victimization Predictive Application for Increasing Productivity in Banking Industry’ bagi memohon geran penyelidikan dari Malaysian Productivity Centre (MPC) telah terpilih untuk penilaian peringkat ke dua, iaitu pembentangan cadangan penyelidikan.

Beberapa ahli HuCKM telah hadir ke sesi pembentangan yang diadakan pada 1 September 2018 di Pejabat MPC Petaling Jaya.

Pembetangan Cadangan Penyelidikan Geran TDR

Satu cadangan penyelidikan bagi memohon Geran TDR, kolaborasi antara HuCKM dan M-Protech, telah dibentangkan oleh PM Dr Nik Hasnaa mewakili HuCKM dan Dr Nurazean dari M-Protech pada  20 September 2018.

Task Force Pertandingan Poster sempena Razak Faculty Research Week 2018

Kumpulan penyelidikan HuCKM telah dilantik sebagai task force mengendalikan Pertandingan Poster sempena Razak Faculty Research Week 2018.

 Pertandingan terbuka kepada pelajar-pelajar pasca siswazah Fakulti Razak dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu penyelidikan peringkat PhD dan penyelidikan peringkat Sarjana.

 Seramai 38 pelajar telah mengambil bahagian. Pertandingan diadili oleh staf akademik Fakulti Razak.

Hands-on Workshop: Mediation, Moderation and Multi-group Analysis using Smart PLS

Satu bengkel ‘Hands-on Workshop: Mediation, Moderation and Multi-group Analysis using Smart PLS’ telah diadakan pada 11 Disember 2018.

Bengkel diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan, menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran pelajar, pensyarah dan penyelidik berkenaan mediation, moderation, and multi-group analysis menggunakan Smart PLS yang boleh digunakan dalam penyelidikan dan penerbitan jurnal berindeks.

Penceramah adalah Dr Abdelsalam Busalim.