[Tawaran MyBrain dibuka!]

Penawaran Biasiswa MyBrainSc tahun 2019 dibuka bermula pada 25 Januari 2019 mulai jam 4 petang sehingga 10 Februari 2019 jam 11.59 malam. Biasiswa ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Di antara objektif Biasiswa MyBrainSc ialah:

– Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;
– Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi;
– Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate; dan
– Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Di antara syarat perjanjian yang perlu dipatuhi oleh calon adalah calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;

Calon diberhentikan oleh institusi pengajian kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian.

Calon yang layak dan berminat bolehlah membuat permohonan secara atas talian di pautan berikut:

https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/login.php

Semua pemohon diingatkan untuk membaca dengan teliti semua prosedur berkaitan permohonan dan memastikan semua dokumen yang diperlukan dimuat naik dengan lengkap dan boleh dilihat dengan jelas.

Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai hal untuk tidak mempertimbangkan permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikuti syarat – syarat yang ditetapkan.

Roadshow dana kolaborasi antarabangsa MRUN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera YBhg. Prof/Dr,

Merujuk kepada perkara diatas, Sukacita dimaklumkan bahawa Jaringan Universiti Penyelidikan Malaysia (MRUN) telah menyalurkan sejumlah dana kepada setiap Universiti Penyelidikan sebagai inisiatif galakkan ke arah meningkatkan aktiviti jaringan kerjasama dengan negara-negara Asia Timur.

Oleh itu, Jawatankuasa UTM-MRUN akan mengadakan satu sesi Roadshow bersama semua penyelidik UTM berkenaan dengan dana kolaborasi antarabangsa MRUN ini. Sesi tersebut akan diadakan seperti berikut:
 
UTM Johor
Tarikh:  14 Januari 2019 (Isnin)
Waktu:   9.00 pagi – 11.00 pagi 
Tempat: Dewan CTL, Blok F54, UTM JB 
 
UTM Kuala Lumpur
Tarikh: 29 Januari 2019 (Selasa)
Waktu: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Dewan Seminar, Menara Razak, UTM KL
 
Agenda perbincangan:
1. Pembentangan Dana Kolaborasi Antarabangsa MRUN
2. Sesi soal jawab bersama Pengerusi jawatankuasa MRUN UTM.
Kehadiran YBhg Prof./Prof. Madya/Dr. bersama staf yang terlibat dalam pengurusan penyelidikan fakulti masing-masing amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.

TPM: Funding Pocket Talk & Coach in Action

Assalaamualaikum and greetings,
Occasionally the Technology Park Malaysia (TPM) through Innovation Incubation Centre (IIC) will hold a Pocket Talk on topics which may be of interest to you and your organization.
Date: 29 January 2019
Time: 2.00pm
Venue: Resource Centre, Technology Park Malaysia
Note: A combined of Pocket Talk & Coach in Action (CIA) program
Charges: FREE
Coach in Action (CIA) program
~ Get to know, how TPM & SME Factoring Facilities able to assist you for funding needs.
~ Also, the privilege of a 1-to-1 coaching session with TPM’s Coach in Action program.
~ Secure your seats by contacting us at 8992 3000 or email:razana@tpm.com.my.
On behalf of TPM team,

CALL FOR APPLICATIONS – APEC FUNDS 2019 FOR CAPACITY BUILDING PROJECTS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dear Researchers,
Please be informed that APEC FUND 2019 FOR CAPACITY BUILDING PROJECTS is now opened for application. Information regarding the application and the fund are provided together with this email.
For detail information and guideline, kindly refer to the following URL: 

 

Thank you.

JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT PEMBUKAAN GERAN PENYELIDIKAN CREST CYCLE 1/2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan,

Dipanjangkan emel jemputan menghadiri taklimat pembukaan geran penyelidikan CREST Cycle 1/2019 anjuran UiTM yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2019 (Selasa)

Masa: 9am – 11.30am

Tempat: Dewan Berlian, Aras 3, Bangunan Wawasan, IRMI UiTM Shah Alam

Jemputan khas: Dr. Norazmi Alias, Senior Vice-President, R&D CREST Grants

Borang pendaftaran atas talian boleh diperolehi melalui  https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfmrkrdzCK2ltxZEtfuaesvxWPLOfbyBs9Ps42PJtek6vMADA/viewform?usp=pp_url

Penyelidik yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat tersebut perlu melengkapkan borang pendaftaran pada atau sebelum 8 Februari 2019.

Sekian untuk makluman dan tindakan penyelidik selanjutnya.

Terima kasih.

UTM-INDUSTRY BUSINESS MATCHING

UTM – INDUSTRY BUSINESS MATCHING

Tarikh: 11 Januari 2019 (Jumaat)
Tempat: Residensi UTMKL

Mohon kerjasama semua penyelidik memanjangkan jemputan program kepada kolaborator industri masing-masing. Surat jemputan rasmi boleh dikeluarkan kepada kolaborator yang berminat dengan memberikan nama wakil syarikat, email dan alamat penuh kepada saya (Whatsapp: +60193682493 / email: mohdkhairi.kl@utm.my).

Sokongan semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.